- by SWA TV
- June 7, 2022
- 12:00 am
SEREMBAN: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama SP Sari Panglima, Yayasan Malindo Worldwide serta Ahli Jawatankuasa Masjid Kariah Pantai, Negeri Sembilan mengadakan Program Pengimarahan Masjid Kariah Pantai bagi menghidupkan kembali semangat kembali ke masjid.
Menerusi program itu, antara yang turut menjadi pengisian program adalah Rawatan Perubatan Percuma seperti Rawatan Luka Kronik, Pemeriksaan Kesihatan, Pertandingan Khat, Meja Jualan (Jualan Souq) serta Agihan Kotak Manfaat Infaq Rezeki.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata, program mengimarahkan masjid dan surau seperti ini perlu diadakan di seluruh negara.
“Program seperti ini mampu mengembalikan kemeriahan dan merapatkan lagi masyarakat dengan AJK masjid serta surau di tempat masing-masing,” katanya.